Untuk menjamin kekemasan rumah, ibu saya mempunyai beberapa pantang larang. Antaranya adalah pantang larang mengenai makan.
Kami dilarang keras daripada makan atau minum di bilik tidur. Kami juga dilarang untuk makan atau minum di ruang tamu atau mana2 ruang selain dapur. Kerana ramai yang suka makan sambil menonton, ibu saya mengambil keputusan meletakkan televisyen di dapur. Jadi mudahlah kami menonton televisyen sambil makan biskut atau minum air milo.
Cara kami makan biskut juga ada caranya. Kami dikehendaki untuk makan biskut di dalam pinggan. Setiap kali menggigit biskut, kami perlu menadah pinggan di bawah mulut. Ini untuk memastikan bahawa habuk2 biskut tidak bertabur di lantai. Bukankah lantai telah disapu dan dimop sepanjang masa? Jadi tidak berbaloi kalau disepahkan semula. Seboleh2nya elakkan dari menabur sebarang kekotoran. Makan biskut tanpa menadah dengan pinggan is a big crime di rumah kami.
Kalau kami membancuh milo atau teh, kami perlu pastikan kami mengelap segera titisan air manis atau serbuk milo jika ada menitis di kaunter atau meja. Ini untuk memastikan semut berasa 'unwelcome' di rumah kami. Sorry semut, tak de rezeki!
Tapi ada kalanya, kami melanggar pantang-larang ini, terutama kalau ibu tiada di rumah. Apa lagi, raya sakan lah kami menabur biskut di merata2 tempat! Tapi setelah melihat habuk biskut bertaburan mencemari lantai yang tadi bersih berkilat, (hasil penat lelah kami juga...) terasa juga sesal di hati...
Comments
Post a Comment