Skip to main content

Asal kapas jadi benang

Orang kita terkenal dengan sifat sentimentalnya. Semua barang ada sentimental value. Jam ni girlfriend lama yang bagi. Baju ni dipakai semasa konvo. Dan berbagai lagi sentimental value yang kita cipta dan peringatkan kepada diri sendiri

Kerana setiap barang begitu bermakna, maka kita biarkan mereka kekal dalam simpanan kita. Kalau orang perempuan dengan koleksi baju, tudung, handbag atau apa2 sahaja aksesori. Orang lelaki pula dengan resit2 lama, dokumen2 lama, komik atau barang elektrik yang rosak tapi mungkin boleh dibuat spare part. Sekali sekala kita tersentuh mereka, kita belai dengan penuh kasih sayang. Tetapi setakat itu sahaja, kita abaikan mereka bertahun2 lagi.

Semakin lama barang2 ini semakin menimbun. Dari ruang di bilik tidur kita sudah menjalar ke bilik sebelah. Tak cukup ruang di dalam bilik, ia memakan pula ruang di ruang tamu, pinggir bilik atau di mana2 sahaja yang kita rasa masih boleh dimuatkan. Rumah kita mungkin ibarat muzium yang sarat dengan koleksi. Lama kelamaan mereka mungkin menjadi semak sahaja tanpa fungsi. Jika itu yang terjadi, maka sudah sampai masanya kita bertindak!

Kita mungkin sudah sering melihat program di TV tentang bagaimana mengurus barang2 yang mungkin tidak kita perlukan. Tindakan yang pertama adalah mengasingkan mana yang perlu dan mana yang tidak. Yang tidak perlu elok kita buang atau jual sahaja. Malangnnya, di negara kita masih belum ada budaya 'yard sale' atau 'garage sale' untuk menjual barang2 lama.

Suami teman saya pernah meletakkan syarat kepada isterinya, "Boleh beli barang baru, dengan syarat barang yang lama bagi pada orang". Jadi, setiap kali sang isteri ingin membeli baju baru, kasut baru, set pinggan mangkuk baru, pasti ada yang lama disedekahkan kepada orang. Kita mungkin boleh mendisiplinkan diri kita dengan cara ini. Sebelum barang itu hancur di mamah usia, ada baiknya kita serahkan kepada mereka yang memerlukan.

Saya sendiri meletakkan syarat kepada suami saya - jikalau barang sudah 5 tahun tidak digunakan, elok cari alternatif lain, samada buang atau disedekahkan kepada orang lain. Selama itu saja saya boleh bertahan menyediakan penginapan kepada barang yang sudah tidak berfungsi dalam kehidupan kami.

Kita tidak patut menggunakan ruang dalam rumah secara maksimum, tetapi sepatutnya secara optimum. Setiap harta kita, pasti berbekas di hati. Yang sudah tu sudahlah....asal kapas jadi benang - barang yang lepas jangan dikenang...

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

MILO, KOPI DAN SUSU: MACAM MANA NAK SIMPAN?

Siapa sini suka minum milo? Tak pun air koko. Mesti ramai kan? :D Rata-rata dari kita semua ni, di rumah pasti ada stok serbuk minuman sama ada milo, kopi, susu, horlicks dan sebagainya. So straight to the point , saya nak kongsikan sikit tips nak simpan serbuk2 minuman ni supaya dapur anda tampak lebih kemas dan bersih. Well , zaman sekarang dah maju kan. Kat kedai ada jual ‘ magic sealer’ utk anda seal makanan dengan mudah. Contohnya mcm gambar ni : Tips kali ni adalah untuk mereka yang memilih utk menyimpan serbuk minuman di dalam bekas atau bahasa mudahnnya, tupperware . Hehe Ada sesetengah dari kita yang masukkan serbuk minuman sekali dengan packaging dia terus ke dalam bekas. Boleh jika anda nak simpan macam itu. Tapi, sebenarnya ia menjadikan cara simpanan anda nampak kurang kemas. Selain tu, mesti susah nak buat air. Betul tak? Sebab anda akan terkorek-korek serbuk minuman anda, dan saat anda nak keluarkan sudu dari packaging tu, mesti akan ada serbuk