Jika anda mempunyai bakul-bakul seperti ini dan rasa ingin membuangnya, fikir semula! Bakul-bakul ini banyak kegunaannya. Antaranya yang ingin saya kongsi di sini ialah sebagai tempat menjemur pinggan mangkuk, terutama sekali ketika anda menganjurkan majlis makan-makan di rumah anda. Pastilah pinggan mangkuk sangat banyak yg perlu dibasuh dan dikeringkan, sedangkan seringkali kita ketiadaan ruang atau peralatan untuk tujuan ini. Menggunakan bakul2 ini juga memudahkan logistik. Bakul2 ini boleh dialih ke mana2 dengan mudah agar tidak menghalang trafik atau ruang kerja.
Berikut ialah cara mudah untuk mengeringkan pinggan mangkuk anda dengan pantas:
1) lapik bakul dengan kain buruk / kain batik lama / suratkhabar. Ini supaya pinggan tidak bergerak-gerak akibat permukaan bakul yang licin, juga sebagai ejen penyerap air.
2) Susun pinggan mangkuk yang sudah dibasuh di dalam bakul tersebut. Pastikan ada ruang di celah-celah pinggan untuk mencapai pengeringan optimum.
3) Jemur di bawah sinaran matahari untuk pengeringan yang super pantas.
Setelah kering, bolehlah pinggan mangkuk tersebut disimpan terus. Jangan lupa untuk mengelap dengan rapi, bimbang jika ada sisa-sisa air yang tertinggal.
Tips: Periuk stainless steel perlu dilap dengan kain bersih sebaik sahaja selepas dibasuh, kemudian baru dijemur. Ini untuk mengelakkan periuk itu bercapuk-capuk dengan kesan air jika dibiarkan kering sendiri.

Good tips. Never thought about it.
ReplyDeleteliked !
ReplyDelete