Saya suke mengemas ke? Passionate tu tidaklah. Tapi kadang2 selepas seharian memerah otak di pejabat, terasa relaxing juga mengemas ni. A destressing activity. Release tension.
Saya pernah terbaca satu artikel di mana seorang ibu mengadu kepada seorang penceramah tentang anaknya yang tidak boleh dibawa ke majlis kerana tidak duduk diam. Selepas duduk selama satu atau 2 jam, anak tersebut restless untuk bergerak ke sana sini. She was amazed at seeing how well other children behaved. Ada yang boleh duduk bersama ibu walaupun 3 jam lamanya.
Saya jangkakan penceramah tersebut akan memberikan jawapan yang saya juga idamkan - petua supaya anak duduk diam. Tapi jawapan yang diberikan membuatkan saya terfikir kebenarannya. Kata penceramah, itu adalah normal. Kanak2 yang telah duduk sekian lama mempunyai energy yang terkumpul. Therefore there should be a channel to release that useless energy. Itu yang menjadikan mereka sihat. Sebenarnya kita orang dewasa yang tidak sihat, boleh duduk di pejabat berjam2 lamanya dan balik rumah kita kembali duduk mengadap televisyen atau lebih teruk - tidur! Bagaimanakah toksik2 dan asid 2 dalam badan kita akan mengalir keluar tanpa peluh atau sebarang aktiviti fizikal?
Itu cuma satu pendapat, mungkin tidak terbukti dengan research yang muktabar, tapi bagi saya it makes sense. Oleh itu, saya menggagahkan diri melakukan kerja2 rumah walaupun tak perfect, sekurang2nya saya tidaklah jadi couch potato sahaja!
pendapat yang bernas. tq for sharing.
ReplyDelete