Skip to main content

Lipatan baju dalam almari.

Walaupun saya tidak mengamalkan 100% teori kekemasan dan kerapian ibu saya, sedikit sebanyak ada yang saya pegang teguh. Yalah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Antaranya, saya menyusun baju di dalam almari ibarat showroom atau katalog IKEA! Wah bunyinya hebat tu! Mungkin pada sesetengah orang ini keterlaluan. Mungkin juga ada stigma atau pandangan sinis terhadap mereka yang dipandang extreme dalam kerapian dan kebersihan.

Saya pernah menerima komen dari teman saya "Kemasnya susunan baju kau, kalau aku, aku susun lebih kurang je sebab bukannya ada orang nampak pun dalam almari kita!".

Mungkin habit saya tidak normal (di luar kebiasaan umum). Saya menyusun baju dengan teliti kerana setelah bertahun2 tinggal bersama ibu saya, teknik itu telah sebati dengan diri saya. Kenapa dan mengapa itu adalah perkara kedua. Yang penting saya selesa. Yang penting ia memudahkan saya mencari keperluan pakaian saya. Susunan seperti showroom tidak bermakna saya "show-off". Jauh sekali!

Ibu saya berpendapat bahawa kebersihan dan aturan dalam rumahtangga dapat mencerminkan keperibadian pemiliknya. Adakah peribadi saya dicerminkan oleh susunan lipatan baju2 saya? Hmmph...Wallahu a'lam. No komen, tuan2 dan puan2!

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

Sampah dan Tong Sampah

Saya pernah mempunyai seorang teman sekerja lelaki yang sangat pengemas. Meja kerjanya sangat rapi. Fail2 yang tersusun di rak juga dibariskan dengan rapi lengkap berlabel yang seragam. Ini membuatkan saya terus berminat memerhatikan beliau sehingga suatu hari saya ternampak beliau memasukkan sampah kertas ke dalam poket seluarnya sendiri. Tingkah ini menarik minat saya dan terpacul soalan dari mulut saya menanyakan sebab perbuatan tersebut. Jawabnya: "Atuk saya pesan, kalau jumpa sampah di mana2 ( pasti yang bukan busuk dan basah !) masukkan di dalam poket seluar dan bila berjumpa tong sampah, buangkanlah di dalam tong sampah."! Wah! Jawapan yang sungguh teliti dari segi pengurusan sampah dan datangnya pula dari seorang yang veteran. Ibu saya juga sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari atuk saya. Pernah sekali, sewaktu konvo adik saya di salah satu universiti di negara kita, ibu saya memberikan ceramah ringkas kepada pak guard yang bertugas semata