Saya gelihati mengenangkan komen suami saya masa baru2 kahwin dulu. Sampah dicari! Itu lah komen suami saya bila melihat mak saya menyapu sampah di dalam rumah. Itu lah kali pertama saya mendengar komen bahawa mak saya mencari sampah untuk disapu!
Mak saya memang pembersih dan teliti orangnya. Apabila menyapu sampah, mak saya akan mengalihkan perabot2 yang boleh dialih dan menyapu di bawah2 kabinet serta di celah2 kabinet atau almari. Memang mak saya akan menyapu setiap debu, partikel dan debris.
Memang ramai di antara kita agak berat untuk melakukan tugas menyapu. Leceh dan menjemukan. Ramai di antara kita cuma menyapu yang nampak2 sahaja tetapi kita abaikan yang di celah2 perabut atau sudut2 dinding. Bayangkan debu yang tidak disentuh, lama kelamaan pasti akan menimbun dan udara kita sedikit sebanyak tidaklah lagi segar.
Mula2 memanglah rumit untuk membersihkan rumah dengan teliti. Tapi bak kata orang tua2, alah bisa tegal biasa!
Comments
Post a Comment