Bila saya dah kawin, saya cuba untuk mengamalkan petua menyidai baju yang diturunkan oleh mak saya. Tapi ade beberapa halangan. Pertama sekali, masalah masa dan keduanya masalah ruang. Biasalah, orang yang baru memulakan hidup selalunya tinggal di rumah2 teres yang kecil sekali halamannya. Jadi saya terpaksa mengabaikan nasihat mak (maaf ya mak..).
Seringkali suami saya yang menolong menyidai baju sementara saya menyelesaikan hal2 di dalam rumah. Puas saya cuba menurunkan ilmu di dada tentang cara2 menyidai baju, tapi lelaki yang bernama suami tentu ade ego tersendiri. Jadi, sesuka hati lah suami saya menyidai baju, janji selesai...
Selepas itu, trend menggunakan ampai besi yang beroda mula melanda, jadi saya pun menggunakannya. Kerana kesuntukan masa dan ruang, kebanyakan baju cuma di`hanger' sahaja. Mudah kan!
Untuk lebih cantik dan kemas, bolehlah mengatur baju2 mengikut saiz atau jenis seperti, t-shirt bersebelahan t-shirt atau seluar bersama seluar sahaja. Sungguh sistematik!
Comments
Post a Comment