Salah satu kemestian di dalam rumah adalah ampai atau penyidai. Kita menyidai tuala, telekung, sejadah dan kain pelekat atau kain batik yang dipakai sekali-sekala.
Menyidai baju di penyidai juga perlukan teknik yang rapi. Untuk kelihatan rapi, pastikan tuala tadi tidak senget di ampaian. Tuala boleh dilipat dua jika tidak mencukupi ruang. Yang penting hujungnya disamakan dan tidak kelihatan seperti senget sebelah.
Teknik yang sama juga boleh dilaksanakan jika kita menyidai cadar atau kain yang besar di pagar rumah. Janganlah sekadar letak dan sangkut janji tersidai. Bimbang jika kain2 tersebut tidak kering dengan sempurna dan mula dinaiki tompok2 hitam iaitu tahi lalat. Elok jika kita menyamakan bucu kain agar tidak kelihatan senget. Ambil masa sedikit tapi nampak rapi dan puas mata memandang.
Comments
Post a Comment