Skip to main content

Penstoran pinggan mangkuk

Pinggan mangkuk adalah kemestian dalam rumahtangga. Ada pinggan mangkuk yang dipakai untuk kegunaan harian. Ada juga lebihan untuk simpanan jika perlu terutama semasa kenduri-kendara atau kehadiran tetamu. Stok pinggan mangkuk yang banyak memerlukan tempat simpanan. Terdapat segelintir yang memilih kabinet2 berpintu kaca. Tetapi sekarang kebanyakkannya menggunakan kabinet dapur yang pasang siap. Ia bertutup dan terlindung dari pandangan mata.

Walau apa pun pilihan penstoran kita, pinggan mangkuk memerlukan kemahiran tertentu untuk menyimpan. Ada yang rimas melihat pelbagai set lalu melonggokkan sahaja ke dalam tempat simpanan. Asalkan muat, janji tersimpan. Kalau pintu almari adalah kaca, nampak berserak dan asal letak sahaja. Yang biru bercampur merah, mangkuk bercampur cawan dan kalau boleh diselit semahu2nya selagi ada ruang.

Penyimpanan pinggan mangkuk juga boleh diberi perhatian khusus. Pastikan kegunaan hari2 diasingkan di dalam tempat yang khusus yang mudah dicapai dan disimpan. Yang tidak digunakan secara kerap perlu disimpan di tempat berbeza. Disarankan, sebelum mengisi pinggan mangkuk, kita perlu membersihkan rak2 di dalam kabinet supaya serangga tidak bersarang di dalamnya. Memang sering terdengar cerita lipas bertaburan di dalam kabinet. Pernah juga terdapat cerita tikus menjengah dari kabinet, tidak terkecuali juga cicak bersama telurnya. Yang pasti, tempat simpanan bertutup ibarat rumah kepada ramai penghuni2 kecil.

Selesai membersihkan segala para dan membuang segala sawang, kita boleh meletakkan ubat gegat sebagai penghalau lipas. Ada juga petua lama menyarankan agar meletakkan daun pandan atau kayu manis yang juga berfungsi menghalau makhluk2 kecil ini.

Selesai berkemas, kita perlu membuat keputusan tentang teknik atau cara menyusun pelbagai kelas pinggan mangkuk yang kita ada. Ada mangkuk menghidang, ada yang kecil, ada yang besar, ada yang set dan ada yang tidak. Terdapat juga pelbagai warna. Berikut adalah cara2 atau kaedah2 yang boleh digunapakai:

Alternatif 1:

Bahagikan pinggan mangkuk mengikut setnya. Jadi, susun pinggan bersama mangkuk dan cawan dalam set yang sama. Di sebelahnya disusun pula set yang berbeza dan seterusnya. Mangkuk2 hidang yang besar pula di susun dalam kumpulan yang sama. Gelas dan jag dalam set yang sama juga dipastikan duduk bersama. Cara ini adalah cara yang paling popular. Disamping 'colour coordinated', ia juga convenient untuk kita menghidang kepada tetamu menggunakan set makan atau minuman yang lengkap. Tidak lah kita tercari2 mana jag yang sepadan dengan cawannya.

Alternatif 2:

Jika kita mempunyai tempat simpanan yang terhad, kita mungkin ingin memaksimakan penggunaannya. Jadi, 'space saving solution' untuk menyimpan pinggan mangkuk adalah dengan menyusun mengikut kategori mereka. Contohnya, kesemua pinggan disusun bersama, semua mangkuk disusun bersama dan semua cawan atau gelas juga disusun bersama. Mangkuk menghidang yang besar di tindih antara satu sama lain. Susunan ini lebih compact dan dapat memaksimakan penggunaan ruang. Set atau warna tidak memainkan peranan mengikut alternatif ini. Yang penting dapat menjimatkan ruang. Jika mahu menjimatkan penggunaan para yang tinggi, anda boleh juga menggunakan pembahagi rak seperti gambar ini.

Alternatif 3:

Untuk mereka yang mampu menyediakan pelbagai kabinet pinggan mangkuk, cara yang lebih artistik boleh digunapakai. Anda boleh menyusun atur pinggan mangkuk dengan pelbagai gaya. Contohnya secara berdiri, mengiring dan pelbagai lagi. Boleh juga diselitkan sepasu bunga di celah2 susunan anda tadi. Nampak terserlah dan sungguh bergaya serta cantik dipandang mata!


Walaupun kita telah menyusun dengan rapi, tapi sekali-sekali pinggan-mangkuk ini perlu dijengah juga. Pastikan tiada makhluk2 perosak yang bersarang serta mengembangkan empayar mereka.

Comments

  1. Saya suka altenatif 2 tu.rak cantim.kat mana nak beli yer

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

Sampah dan Tong Sampah

Saya pernah mempunyai seorang teman sekerja lelaki yang sangat pengemas. Meja kerjanya sangat rapi. Fail2 yang tersusun di rak juga dibariskan dengan rapi lengkap berlabel yang seragam. Ini membuatkan saya terus berminat memerhatikan beliau sehingga suatu hari saya ternampak beliau memasukkan sampah kertas ke dalam poket seluarnya sendiri. Tingkah ini menarik minat saya dan terpacul soalan dari mulut saya menanyakan sebab perbuatan tersebut. Jawabnya: "Atuk saya pesan, kalau jumpa sampah di mana2 ( pasti yang bukan busuk dan basah !) masukkan di dalam poket seluar dan bila berjumpa tong sampah, buangkanlah di dalam tong sampah."! Wah! Jawapan yang sungguh teliti dari segi pengurusan sampah dan datangnya pula dari seorang yang veteran. Ibu saya juga sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari atuk saya. Pernah sekali, sewaktu konvo adik saya di salah satu universiti di negara kita, ibu saya memberikan ceramah ringkas kepada pak guard yang bertugas semata