Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Ruang Mati - belakang rumah

Belakang rumah sama penting dengan bahagian hadapan rumah. Orang luar akan dapat melihat samada hadapan atau belakang rumah sahaja (sekiranya rumah teres). Oleh itu kebersihan belakang rumah perlu dititikberatkan sama seperti di hadapan rumah. Memang benar, kita sering meletakkan barang2 yang kurang atau tidak berguna di belakang rumah. Kita juga sering mengambil sikap tidak endah terhadap longgokan tersebut, berpendapat bahawa, alah...belakang rumah siapa yang berkira. Tidak benar, belakang rumah juga sebahagian dari rumah kita, perlu dihormati ya... Jika tidak berhias pun, sekurang2nya pastikan ruang belakang adalah kemas dan rapi dan bukan hanya mempamerkan segunung barang2 buruk dan jelek! Apalagi menimbulkan bau yang kurang senang dihidu. Sekiranya kita hendak meletakkan barang2 yang rosak, seeloknya kita susun dengan baik agar tidak nampak bersepah. Samada tin2 kosong, basikal buruk, besi2 buruk, ampai bergoyang atau apa2 bekas buruk, janganlah setakat letak dan lambak. Ada seset

YEAAAA...CUTI SEKOLAH

Fuh....ramai yang mungkin menarik nafas lega apabila tiba cuti sekolah. Tak payah terkocoh-kocoh menyiapkan sarapan di pagi hari. Tak payah bergegas menguruskan anak ke sekolah agama di waktu petang. Dan juga tidak perlu berebut menyiapkan makan malam sebelum menghantar anak ke kelas tusyen. Belum lagi mengambil kira mencari waktu untuk sesi mengaji! Namun tidak kurang juga yang cemas memikirkan aktiviti anak di waktu cuti. Bimbang anak tidak dapat diselia dan mungkin terjebak dalam aktiviti tidak berfaedah. Yang mempunyai anak yang belum matang pula perlu memikirkan soal penjaga samada menggunakan perkhidmatan pembantu rumah atau hantar sahaja kepada atuk dan nenek di kampung. Waktu cuti adalah waktu yang sedikit senggang untuk kita dan anak2. Benar, waktu cuti perlu digunakan untuk membawa anak berjalan2 dan merehatkan minda. Tetapi saya berpendapat cuti sekolah bukanlah waktu enjoy semata2. Masih ada lagi agenda2 lain yang boleh dilaksanakan bersama anak2. Saya menggunakan kesempata

Ruang Mati

Di rumah kita terdapat pelbagai ruang yang saya kenali sebagai `ruang mati'. Ia dianggap mati kerana kekurangan fungsi. Antara ruang2 tersebut adalah stor, belakang rumah atau di bawah tangga. Takkan belakang rumah perlu di hias....takkan stor juga perlu diselenggara hari2...atau takkan hendak duduk melepak di bawah tangga yang merupakan laluan kaki2 manusia.... Benar, mereka adalah ruang yang sering dipandang sepi, tersorok, dan tidak diendahkan. Tetapi tidak bermakna mereka dibiarkan begitu sahaja tanpa penyelenggaraan. Akibatnya, kita sering melonggokkan barang di ruang2 mati dgn alasan ruang itu tidak aktif digunakan. Kita longgokkan barang2 yang separuh rosak di belakang rumah dengan harapan akan dibaikpulih suatu masa nanti (cita2 kita..) atau kita longgokkan barang2 elok yang tidak terpakai di stor sehingga menggunung dan boleh runtuh bila2 masa sahaja. Apabila barang semakin banyak terlonggok tanpa seni kekemasan, kita menjadi semakin malas untuk memikirkan kaedah penstoran

Terima kasih semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kami pemilik blog merakamkan ucapan terima kasih di atas segala lontaran komen yang telah diberikan oleh pembaca. Tidak kami sangka bahawa blog yang lebih merupakan catatan untuk peringatan anak cucu keluarga kami mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari para pembaca. Alhamdulillah, sukacita juga dimaklumkan bahawa mengemasrumah.blogspot.com juga telah dirujuk dalam radio IKIM pada hari Rabu 24 November 2010. InsyaAllah, segala komen dan sokongan dari para pembaca akan memberi kami inspirasi untuk meneruskan catatan pengalaman sebagai pengurus rumahtangga, sebagai panduan bagi kaum Hawa mahupun kaum Adam. Sebarang komen dan pandangan dari para pembaca sangat-sangat dialu-alukan dan semoga kita semua mendapat manfaat dari gabungan idea sesama kita. Selamat membaca!